Powered By Blogger

Sunday, November 20, 2011

HOT Offer

TAWARAN HARGA RUNTUH!! JIMAT SEHINGGA RM 45!.



Saya menjual Original License Kaspersky Internet Security 2012 (1 year/ 1 Pc) dengan harga RM 25 sahaja.

Kenapa murah?
Sebab saya hanya menjual activation code (20 digit) sahaja dan ia tidak datang dengan kotak dan CD. Jadi kos produk sudah banyak dikurangkan. Software boleh download secara percuma di website Kaspersky. Selain itu, activation code ini dibeli secara pukal dalam kuantiti yang banyak terus dari syarikat Kaspersky. Sebab tu murah habis!

Original ke? Genuine?
Semua activation code yang saya jual adalah 100% ORIGINAL (Genuine) dari Kaspersky. BUKAN daripada Crack, Keygen atau yang seangkatan dengannya. Diingatkan bahawa, activation code yang saya jual hanya untuk kegunaan 1 PC/1 User sahaja. Penggunaan melebihi bilangan PC/user yang ditetapkan akan menyebabkan blacklist.

  
Ada Jaminan ke?
Baiklah, untuk meyakinkan lagi anda, saya akan memberi jaminan selama 365 hari dari hari pertama anda aktifkan code Kaspersky anda. Ini bermaksud, anda boleh menggunakan produk yang saya jual ini selama setahun tanpa rasa bimbang. Jika diblacklist, hubungi saya segera untuk memudahkan saya membuat report ke Kaspersky. Pastikan anda print screen dahulu Kaspersky anda yang telah diblacklist. Saya akan beri FULL REFUND jika masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dan ia bukan berpunca dari kesilapan anda.

Cara pembelian :

1) PM saya untuk pertanyaan stok, sy akan beri detail akaun jika ada stok.
2) Masukkan bayaran sebanyak RM25 ke dalam akaun Maybank saya.
3) Emel butiran pembayaran ke azz_mg@yahoo.com
3) Setelah pengesahan pembayaran dibuat, activation code akan dihantar ke emel anda secepat mungkin.

Contact:

1) YAHOO MESSENGER : azz_mg@yahoo.com
2) EMAIL : azz_mg@yahoo.com

LINK DOWNLOAD INSTALLER KASPERSKY 2012 :



Monday, October 17, 2011

Membaca Ebook dengan selesa

As salam semua, dah lama menyepi dalam ini bidang.
Hari hari tetap indah.So, pernah kat korang dengar ini software. Martview.
Martview adalah satu software yang banyak membantu kita membaca, mengupload, memcipta file dalam bentuk pdf.Martview memang sesuai untuk sesiapa yang suka mambaca novel, ebook kerana membari kita satu interface yang menarik untuk kita terus membaca.

So, boleh anda melawat http://www.martview.com/ dan mencuba. Selamat semuanya :)

Tuesday, July 26, 2011

Lajukan boot Window menggunakan Soluto

Asal lambat loading window dengan pc aku ini..Lambatnya.Macam mana nak buat PC/Laptop anda cepat boot window.

Pernah anda dengar mengenai Soluto ?.


Soluto ni banyak membantu untuk mempercepatkan boot window.
Maklumat lanjut mengenai soluto boleh tengok kat sini .http://www.soluto.com/Home/Thank-You

Tuesday, July 19, 2011

Broswer pantas Maxthon 3


Maxthon ini lebih laju dari Google Chorme..
Dia punya halaman utama :-

Sapa-sapa mahu download.Jangan malu jangan segan :-klik kat sini http://www.maxthon.com/mx3/index.htm

Kekacang untuk Google pada 20.7.2011


Apakah hari ini dalam sejarah.
Kekacang tema untuk pak cik google.
Adakah anda tahu mengenai hari kekacang pada tarikh 20.7.2011.
Apakah semua ini??

Ini kejadian nya.
Rupa - rupanya hari ini hari kelahiran Gregor Mendel

Tokoh dalam genetik

Short dan cut untuk Window Seven


Dalam duduk busan-busan..Maka terjumpa satu dua artikel untuk di sharingkan..hehehe..Selamat mencuba.Harap kerja anda lebih menenangkan..

Sunday, July 17, 2011

Kampung WIFI


Sedap sangat kalau dapat wireless percuma lagi tu..Selamat menggunakan perkhidmatan ini.Facebook buleh layan, leh download cite, lagu n so on..

Semua penat lelah aku layan je.Apa yang dapat itu adalah pengalaman yang berguna untuk diri ku ini. Sekian terima kasih..

Monday, June 13, 2011

How to change IP address using command prompt

How to change internet protocol (IP) using command prompt

Step 1: Run command prompt as administrator



Step 2: Open command prompt



Step 3: Type - netsh interface ip set address "Local Area Connection" static 192.168.1.10 255.255.255.0 192.168.1.11
(IP address) (Subnet getway)(Default getway)

Wednesday, May 18, 2011

Apa itu pokok "Gharqad"

Mengenali pokok Gharqad



Nabi Muhammad saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".


Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.




Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

Credit to : http://sendukemas.blogspot.com

Tuesday, May 17, 2011

My concovation~~



As salam semua kalian.First for all, Allahamdulaih ke hadrat ilahi kerana dengan kekuasaan-NYA membari peluang kepada saya untuk menerima segulung ijazah..Pada tarikh 18 Mei 2011 adalah hari yang cukup bermakna dan bersejarah dalam hidup saya..Segulung ijazah ini adalah titik peluh daripada semua kawan-kawan, pensyarah dan keluarga yang banyak membantu dan mendoakan kejayaan saya selama ini..Tanpa kalian semua, umpama tanpa saya hari ini..Gambar akan menyusur selepas ini.Harap maklum.




Saturday, March 12, 2011

Doa

Dalam surah al-Baqarah ayat 186 bermaksud: “Aku perkenankan doa orang yang berdoa apabila ia memohon (berdoa) kepada-Ku.”

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: “Doa itu adalah ibadat.”

Ibnu ‘Atha’ berkata: “Doa itu mempunyai beberapa rukun (sendi) yang kuat, mempunyai beberapa sayap mampu naik ke langit tinggi, mempunyai beberapa sebab menyebabkan diterimanya. Menurutnya lagi, rukun doa itu ialah hadir hati bila berdoa serta tunduk menghinakan diri kepada Allah SWT. Sayapnya ialah berdoa dengan sepenuh kemahuan dan keikhlasan yang timbul daripada lubuk jiwa dan bertepatan dengan waktunya. Sebab ia diterima ialah berselawat kepada Nabi sebelum berdoa.
Satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tuhan kita turun ke langit dunia ketika malam tinggal sepertiga yang akhir. Maka Tuhan berkata: “Sesiapa berdoa kepada-Ku maka Aku akan perkenankan doanya, sesiapa meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, sesiapa meminta ampun maka Aku ampuni dia.”

Hadis lain menyatakan: “Pada waktu malam, sesungguhnya ada satu masa jika seseorang Muslim memohon kepada Allah kebajikan dunia dan akhirat, nescaya Allah SWT mengkabulkannya.

Secara ringkas, waktu berdoa mustajab ialah:

Ketika turun hujan.
Ketika hendak memulakan solat dan sesudahnya.
Ketika menghadapi barisan musuh dalam medan peperangan.
Pada waktu tengah malam.
Di antara azan dan qamat.
Ketika iktidal akhir solat.
Ketika sujud dalam solat.
Ketika khatam (tamat) membaca al-Quran 30 juzuk.
Sepanjang malam, terutama sekali sepertiga yang akhir juga waktu sahur.
Sepanjang hari Jumaat kerana mengharap bertemu dengan saat diperkenankan doa (ijabah) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
Antara Zuhur dengan Asar dan antara Asar dengan Maghrib.

Selain itu, tempat utama mustajab doa pula adalah :

Ketika melihat Kaabah
Ketika melihat Masjid Rasulullah SAW.
Ketika melakukan tawaf.
Di Multazam.
Di telaga Zamzam.
Di Kaabah.
Di belakang Makam Ibrahim.
Di Bukit Safa dan Marwah.
Di Arafah, Muzdalifah, Mina dan berhampiran Jamrah (tempat melontar).
Tempat mulia seperti masjid, surau dan lain-lain.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Tuhanku sudah memerintahkan supaya berlaku adil dan mendirikan solat pada setiap masjid serta berdoalah kamu kepada-Nya dengan mengikhlaskan taat kepada-Nya. Bagaimana Tuhan sudah menjadikan kamu pada permulaan, begitu pulalah kamu akan dikembalikan.” (Surah al-A’raf ayat 29)

Islam sangat menyukai kita berdoa untuk seseorang yang jauh daripada kita. Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Doa seorang Muslim (untuk kebaikan) saudaranya (Muslim) yang jauh adalah mustajab.” Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Pada sisi orang berdoa itu berdirinya seorang Malaikat. Setiap kali ia berdoa kebaikan untuk saudara Muslimnya, maka Malaikat yang ditugaskan itu berkata: “Amin (memohon agar doa itu diperkenankan) dan bagimu seumpamanya.”

Begitu juga kita disuruh mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang diberikan kepadanya kebajikan, lalu ia mendoakan orang itu dengan menyebut ‘Jazakallahu khairan’ (mudah-mudahan Allah SWT membalasmu dengan kebajikan yang lebih baik), maka seseorang itu sudah memenuhi hak sanjungan. (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Dan sesiapa membuat kebajikan (makruf) kepadamu, maka balaslah kebajikan itu. Jika engkau tidak sanggup membalasnya, maka berdoalah untuknya sehingga terasa kamu membalas kebajikan orang itu dengan sesempurnanya. Wallahua’lam.

Monday, February 21, 2011

Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri


 

Posted on February 21, 2011 under Fadzilah Kamsah by wizvax


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah," katanya ketika memberi syarahan bertajuk "Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit" di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap," katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri," kata Fadzilah.

Sunday, February 20, 2011

Semangat juang "sifat pahlawan’" ini yang kita mahukan..Tahniah The PocketRocketMen

Azizul Hasni Awan..One of the best man Keirin in the world

Malaysia Boleh..


Ini seorang jaguh kebanggaan MALAYSIA..Seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi(nk tulis rase yang semangat semacam je ni.)..
Pada 20.2.2012.keirin di Kejohanan Trek Siri Piala Dunia di Manchester..
Beliau menunjukkan semangat juang yang tinggi yang mana mampu tuk bangkit dan terus ke garisan penamat walaupun cedera..



Semangat Malaysia Bole |!!!

Ingin Mencari Kerja??

Assalamulaikum W.B.T



Ada satu company yang ingin mencari graduan lepasan diploma atau degree dalam jurusan Management..
Company ingin menjadi graduan yang de kebolehan dalam menguruskan kedai. Company yang menjual set2 rekaaan dalaman rumah..Ingin dibuka kawasaan perindustrain Seksyen 15 shah alam.

Disini saya letakan bos die punyer no..(Urgent Job)
Untuk Mendapatkan maklumat lanjut
Sila dail no ni: 012-7867757 (puan)
Semoga dapat membantu kawan2 sume yang ingin mencari kerja

Multiple User for Yahoo Messager

saya de terdengar n terbaca pasal cam na wak buleh kiter guna ym secara multiple..
so cari punyer car..so jumpe begini caranya..
harap korang dapat try...

1) Run
2) Regedit > ok > Register Editor
3) HKEY_CURRENT_USSER > SOFTWARE > YAHOO
4) Di bawah folder YAHOO,click "PAGER" > TEST






5) Right Click kat situ --> NEW --> DWORD 32 bit VALUE
6) Maka akan keluar la simbol berwarna biru "NEW VALUE#1"
7) Right klik kat situ --> MODIFY

8) Akan kuar menda ni --> tulis la bape byk user yg kamo mahu




10) Klik YES


selamat mencuba

Saturday, February 19, 2011

design baju for peng"Couple" sume

Hmmm..nk bagi ape erk kat si buah hati..bithday die pon dah dekat...
bunga rose dah beli,tedybear dah bli....
ape lagi erk nk bli tuk die,,,
ape kata kalu beli jam tangann..tpi mesti die dah de kan...
pikir punyer pikir..
ni idea aku rase bgus tuk mengeratkan lagi tli perhubungan korang...
jangan malu ah nk tempah2..hehehe..
sample2 design baju..





korang leh gak lawat ni punyer link
http://www.facebook.com/album.php?fbid=127512230654031&id=100001857654730&aid=24853¬if_t=photo_album_reply"

Apa itu JOOMLA


Apa itu Joomla?
Joomla! ialah sebuah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Ia ditulis dalam
bahasa pengaturcaraan PHP untuk menerbitkan kandungan ke laman web dan intranet dengan menggunakan
Pangkalan data MySQL.
Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini,
blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa.
Nama "Joomla" diambil daripada perkataan Swahili iaitu jumla yang bermaksud "mari bersama-sama" atau "secara
keseluruhannya". Ia dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan.
Keluaran pertama Joomla! (Joomla! 1.0.0) diumumkan pada 16 September 2005. Ini adalah keluaran penjenamaan
semula Mambo 4.5.2.3 digabungkan dengan pembaikan keselamatan serta pepijat komputer. Di peta laman projek ini,
pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla! 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan dibinan
menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5. (Daripada firdaus - joomla malaysia forum)...


Kalu korang nak tanya paper2 sal joomla ni..jagan malu2 singah sebentar kat sini..http://www.joomlamalaysia.org/v3/
Sila2 ah join..hehehe..

Assalamualaikum - SMS

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Friday, January 7, 2011

Jom apply Kerja

Kepada semua lepasan ipta, ipts . Jom apply kerja at link http://www.jobstreet.com.my/..
Firstly, register kemudian upload resume anda.Boleh search job hanya klik pada "search job".Taip kata kunci untuk carian jenis perkerjaan.

Semoga Berjaya..Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.