Powered By Blogger

Monday, February 21, 2011

Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri


 

Posted on February 21, 2011 under Fadzilah Kamsah by wizvax


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah," katanya ketika memberi syarahan bertajuk "Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit" di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap," katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri," kata Fadzilah.

Sunday, February 20, 2011

Semangat juang "sifat pahlawan’" ini yang kita mahukan..Tahniah The PocketRocketMen

Azizul Hasni Awan..One of the best man Keirin in the world

Malaysia Boleh..


Ini seorang jaguh kebanggaan MALAYSIA..Seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi(nk tulis rase yang semangat semacam je ni.)..
Pada 20.2.2012.keirin di Kejohanan Trek Siri Piala Dunia di Manchester..
Beliau menunjukkan semangat juang yang tinggi yang mana mampu tuk bangkit dan terus ke garisan penamat walaupun cedera..



Semangat Malaysia Bole |!!!

Ingin Mencari Kerja??

Assalamulaikum W.B.T



Ada satu company yang ingin mencari graduan lepasan diploma atau degree dalam jurusan Management..
Company ingin menjadi graduan yang de kebolehan dalam menguruskan kedai. Company yang menjual set2 rekaaan dalaman rumah..Ingin dibuka kawasaan perindustrain Seksyen 15 shah alam.

Disini saya letakan bos die punyer no..(Urgent Job)
Untuk Mendapatkan maklumat lanjut
Sila dail no ni: 012-7867757 (puan)
Semoga dapat membantu kawan2 sume yang ingin mencari kerja

Multiple User for Yahoo Messager

saya de terdengar n terbaca pasal cam na wak buleh kiter guna ym secara multiple..
so cari punyer car..so jumpe begini caranya..
harap korang dapat try...

1) Run
2) Regedit > ok > Register Editor
3) HKEY_CURRENT_USSER > SOFTWARE > YAHOO
4) Di bawah folder YAHOO,click "PAGER" > TEST






5) Right Click kat situ --> NEW --> DWORD 32 bit VALUE
6) Maka akan keluar la simbol berwarna biru "NEW VALUE#1"
7) Right klik kat situ --> MODIFY

8) Akan kuar menda ni --> tulis la bape byk user yg kamo mahu




10) Klik YES


selamat mencuba

Saturday, February 19, 2011

design baju for peng"Couple" sume

Hmmm..nk bagi ape erk kat si buah hati..bithday die pon dah dekat...
bunga rose dah beli,tedybear dah bli....
ape lagi erk nk bli tuk die,,,
ape kata kalu beli jam tangann..tpi mesti die dah de kan...
pikir punyer pikir..
ni idea aku rase bgus tuk mengeratkan lagi tli perhubungan korang...
jangan malu ah nk tempah2..hehehe..
sample2 design baju..





korang leh gak lawat ni punyer link
http://www.facebook.com/album.php?fbid=127512230654031&id=100001857654730&aid=24853¬if_t=photo_album_reply"

Apa itu JOOMLA


Apa itu Joomla?
Joomla! ialah sebuah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Ia ditulis dalam
bahasa pengaturcaraan PHP untuk menerbitkan kandungan ke laman web dan intranet dengan menggunakan
Pangkalan data MySQL.
Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini,
blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa.
Nama "Joomla" diambil daripada perkataan Swahili iaitu jumla yang bermaksud "mari bersama-sama" atau "secara
keseluruhannya". Ia dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan.
Keluaran pertama Joomla! (Joomla! 1.0.0) diumumkan pada 16 September 2005. Ini adalah keluaran penjenamaan
semula Mambo 4.5.2.3 digabungkan dengan pembaikan keselamatan serta pepijat komputer. Di peta laman projek ini,
pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla! 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan dibinan
menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5. (Daripada firdaus - joomla malaysia forum)...


Kalu korang nak tanya paper2 sal joomla ni..jagan malu2 singah sebentar kat sini..http://www.joomlamalaysia.org/v3/
Sila2 ah join..hehehe..

Assalamualaikum - SMS

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya